SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Selasa, 28 Jun 2011

JEMPUT MAI MAKAN

SAYUR KOBIS +SAWI

ASAM PEDAS TUMIS IKAN KEMBUNG

MASAK LEMAK AYAM DAN REBUNG

BAHAN2NYA;-
10 ketul ayam
rebung
santan
1 labu bawang besar
sedikit jintan manis
1 inci kunyit
1 inci halia
5 biji cili api hijau(diketuk)
1 biji cili merah(dipotong serong)
2 batang serai(diketuk)
garam

CARA2NYA;-
tumbuk bawang,halia,kunyit dan jintan manis..masukkan dalam kuali..
masukkan santan,,masukkan serai..
masukkan cili api serta ayam dan rebung.
masukkan garam..kacau hingga hampir masak..masukkan cili merah
kacau hingga masak..suaikanlah rasanya..siap

Isnin, 27 Jun 2011

AYAM BERKICAP SWEET

BAHAN2
10 ketul ayam
2 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu sos cili
2 sudu kicap pekat(mee)
1 batang serai
2 sudu gula
2 sudu madu
garam
serbuk perasa
daun bawang
daun sup
cili besar

CARA2
ayam digoreng separuh masak dan diangkat..
mesin cili kering,bawang besar,bawang putih dan halia..
tumiskan bahan mesin tadi beserta sos cili dan kicap hingga pecah minyak..
masukkan serai,gula,madu,garam,serbuk perasa dan serai..
kacau hingga pecah minyak..masuk ayam beserta bawang besar yg di hiris bulat2..
angkat dan hias dgn daun sup,daun bawang dan cili besar..

SUP TELUR MACARONI

BAHAN2
200g macaroni yg telah direbus
5 biji telur ayam
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
daun sup
daun bawang
3 biji cili api diketuk(jika nak pedas)
bawang goreng segera
garam
pati ayam knor
1 biji tomato
carot

CARA2
tumiskan bawang merah,bawang putih,kayu manis,bungga lawang dan halia hingga naik bau dan kekuningan.
masukkan air dan pati ayam knor masak hingga mendidih..pecahkan telur dan tunggu(jangan kacau) hingga telur membeku(masak)...masukkan carot,cili api..
masukkan macaroni dan tomato..mendidih tabur daun sup dan daun bawang..sedia utk dihidangkan

GULAI LEMAK UDANG DGN BELIMBING BULUH

BAHAN2NYA;
belimbing buluh dibelah 2(dicelur)
10 ekor udang sedang
1 sudu besar rempah kari ikan
sedikit kunyit serbuk
bawang merah 2 biji dimayang
garam secukup rasa
santan secukupnya

CARA2NYA;-
masak rempah dan kunyit serbuk dgn segelas air hgga hampir kering
masukkan santan,belimbing buluh dan udang.
masukkan bawang dan garam..kacau hingga masak..suaikan rasa baru diangkat..

PENNE RIGATE

BAHAN2
500g penne rigate(macaroni)
300g bunga kubis
cili kering
sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
cendawan butang di belah dua
sos tiram
sos cili
minyak
2 biji tomato
carot
2 biji cili besar dihiris halus
tepung jagung dibancuh
cuka
fish cake(dipotong)
fish ball
daging cincang(daging burger)
garam
gula
serbuk perasa

CARA2
rebus macaroni hingga kembang..angkat dan tos...
mesin cili kering,bawang besar,bawang putih dan tomato hingga lumat..
daging burger dihancur kasar(ramas)..
goreng fishball dan fishcake sebentar...
masukkan bahan kisar,sos cili,sos tiram,gula,garam,cuka dan perasa..kacau hingga pecah minyak...masukkan daging burger,bunga kubis,carot dan cendawan butang.
masukkan tepung jagung bersama sedikit air..masukkan macaroni dan kacau..last taburkan cili..siap utk hidangan.

Ahad, 26 Jun 2011

LONTONG

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCHU

BAHAN2NYA;-
4 ekor ikan kembung goreng
1 labu bawang besar
1 senduk sos tomato@cili
1 senduk kicap pekat manis
1 senduk taucu
1 biji cili merah
daun bawang
sedikit air asam jawa

CARA2NYA
tumiskan bawang besar yg dipotong bulat
masukkan sos,kicap pekat,air asam dan taucu.
masukkan gula dan perasa(jika suka)
masak hingga pekat dan berminyak
jika kurang masin bolehlah ditambahkan garam.
masukkan cili merah yg dipotong serong
masukkan daun bawang.
masukkan ikan sebentar..siap

SAYUR LODEH (LONTONG)

BAHAN2NYA;-
kobis bulat(dipotong)
kacang panjang(dipotong)
sekeping tempe(dipotong dadu)
sebatang lobak merah(dipotong pjg 2 inci)
bunga kobis
sengkuang
santan secukupnya
2 keping tauhu(di potong dadu)
2 labu bawang besar
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 btg serai
1 inci lengkuas
2 biji cili merah
garam secukupnya..

CARA2NYA;-
bawang besar,halia,kunyit hidup dan lengkuas dimesin.bersama 1 cawan air.
kemudian masak sebentar..masukkan serai yang diketuk.masukkan santan kemudian masukkan sayur2an serta tempe dan tauhu..masukkan cili merah dan garam..kacau hingga masak..sedap dimakan bersama nasi impit serta sambal ikan bilis..

SAYURAN WARISAN ORG TUA2 DULU

SAYUR KUBIS PANJANG

BAHAN2NYA;-
sebelah kobis panjang
udang(ikut nak byk mna)
cili merah
bawang putih dan merah
garam
sedikit serbuk perasa

CARA2NYA;-
tumiskan bawang putih dan merah,kemudian masukkan sayur kobis yang dipotong
masukkan udang..masukkan segelas air
masukkan cili merah serta garam dan perasa.
kacau hingga masak
siap

MEE UDANG

BAHAN2
1 bungkus mee kuning
400g udang saiz XL
15 tangkai cili kering(ikut citarasa pedas)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
fishcake di potong
fishball di potong 2
taugeh
sawi
daun sup
daun bawang
bawang goreng segera
2 biji cili besar di hiris
2 biji telur ayam
kicap mee
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah di tumbuk
3 biji bawang putih di tumbuk
garam
2 sudu gula
serbuk perasa

CARA2.
mesin cili kering bersama bawang besar..
goreng fishcake dan fish ball separuh masak..masuk dan tumiskan bawang merah dan bawang putih,goreng hingga kekuningan..masukkan cili kering yg di mesin,sos cili dan sos tiram..kacau hingga pecah minyak..masukkan air,sedikit kicap mee,gula,garam dan serbuk perasa..biarkan mendidih..masukkan telur,udang dan mee..last masuk taaugeh,sawi,dan taburkan daun sup,daun bawang,cili besar dan bawang goreng..

KARI TELUR AYAM

BAHAN2NYA;-
telur ayam atau itik
1 bgks rempah kari daging
santan
garam dan serbuk perasa

BAHAN TUMISAN
2 btg (kecil)kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 inci halia(dihiris)
3 ulas bawang merah(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang)

CARA2NYA;-
tumiskan bahan tumisan hgga kekuningan
masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air dan campurkan sedikit santan.
masak rempah sehingga pecah minyak.
masukkan santan.bila sedikit mendidih masukkan telur (yg direbus@terus pecahkan masuk ke dalam kari)
masukkan garam dan sedikit serbuk perasa..sedia dihidangkan

JENAHAK MASAM MANIS

KETAM UTK MASAK LOMAK...

HIDANGAN LAGI..


JEMPUT MAKAN LG...

SET HIDANGAN TENGHARI RUMAHKU

JEMPUT MAKAN KAWAN2...

SET HIDANGAN TENGHARI DAPURKU

JEMPUT MAKAN SEMUA......

YI MEE SIZZLING

YANG NI BUKAN DARI DAPURKU..

IKAN GELAMA MASAM

WALAUPUN HODOH DI PANDANG TAPI TERBAIKKKKKKKKKK DI MAKAN...MENYELERAKAN..

SAMBAL BELACAN

BAHAN2NYA;-
5 biji cili api
2 biji cili merah,sedikit garam
belacan
limau nipis@limau kasturi

CARA2NYA;-
gunakan blender kering.blend sekejap2
perah dgn limau
siap

YI MEE SOUP

NASI AYAM PENYET

PULUT DURIAN

Sabtu, 25 Jun 2011

KERABU MANGGA


BAHAN2NYA:-
sebiji buah mangga
sekuntum bunga kantan
sedikit udang kering ditumbuk lumat
2 ulas bwang merah
3 biji cili api
1 biji cili besar
gula secukupnya
garam

CARA2NYA:-
buah mangga dibuang kulitnya kemudian disagat
bunga kantan dihiris halus
bawang merah dihiris nipis
cili besar dipotong nipis2
cili api dipotong
campurkan kesemua bahan2 ini kedalam satu bekas..masukkan gula,udang kering yg ditumbuk lumat serta garam...gaulkan bagi rata...suaikan rasanya..siap utk dimakan..

MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI



BAHAN2NYA:-
pucuk ubi kayu
santan
50g ikan bilis
5 biji cili api
seinci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
garam
serbuk perasa

CARA2NYA:-
pucuk ubi dipotong @disimpul..kemudian dicelur sebentar
ciliapi,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
kemudian tumbuk ikan bilis pula.satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
masukkan santan,garam dan perasa..kacau sehingga masak supaya x pecah santannya..sedia utk dihidangkan.

NASI LEMAK

BAHAN2NYA;
beras
santan
3 ulas bawang merah(dihiris nipis)
1 batang serai(diketuk)
2 helai daun pandan(dicarik2kan kemudian simpulkan)
2 inci halia(dihiris nipis)
sedikit halba
kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa

CARA2NYA;
beras dibersihkan.masukkan santan serta semua bahan2 tadi
masak seperti biasa
sedap di makan bersama sambal,ikan bilis goreng,timun serta telur dadar atau telur mata lembu...

SAYUR CENDAWAN GORENG

BAHAN2NYA;-
cendawan(ikut nak sebyk mana)
50 sen daun sup serta daun bawang
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sebiji cili merah
garam secukup rasa
sedikit air

CARA2NYA;-
cendawan dicarikkan jika besar saiznya
tumiskan bawang putih serta bawang besar yg dihiris
masukkan udang..masukkan cendawan.
masukkan garam,sedikit air serta cili merah yang dipotong serong..akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak2 1 inci...siap

KARI DAGING PERIA

BAHAN2NYA;-
400 gm daging
2 bungkus rempah kari daging
(dibancuh dgn air serta sedikit santan pekat)
sebiji peria@sebelah jika besar.dipotong serong kemudian rendam dlm air garam utk kurangkan pahitnya(saya x pnh rendam..suka dgn rasanya)
semangkuk santan
garam serta serbuk perasa

BAHAN2 TUMISAN;-
halia dihiris
3 biji bawang merah(dihiris nipis)
2 ulas bawang putih. "
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih

CARA2NYA;-
tumiskan bhn tumisan..bila kekuningan masukkan rempah bersama daging,kacau..
pecah minyak masukkan santan serta buah peria...masukkan garam..masak hingga peria empuk..kacau..jgn dibiarkan takut pecah santannya..siap untuk dimakan.

SAMBAL IKAN KEMBUNG

BAHAN2NYA;-
5 ekor ikan kembung goreng
10-15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan(jika suka)
1 labu bawang besar dipotong bulat
air asam jawa
2 sudu gula
garam secukup rasa
serbuk perasa

CARA2NYA;-
panaskan minyak..tumiskan cili kering yang di kisar bersama bawang merah,bawang putih serta belacan..
masukkan gula,air asam,serbuk perasa serta air asam jawa..
bila pecah minyak masukkan bawang besar yang dipotong bulat..kacau sebentar.kemudian curahkan ke atas ikan yang digoreng tadi..

GULAI TERUNG IKAN TALANG MASIN TUMIS DARAT

BAHAN2NYA;-
ikan talang masin(isi@tulang)
3 biji terung bulat dibelah 4
3 keping asam gelugor
sebungkus rempah kari ikan
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

BAHAN TUMIS DARAT;-
3 ulas bawang merah(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang)
2 tangkai daun kari
sedikit halba campur

CARA2NYA;-
ikan dipotong dan direndam utk kurangkan masinnya.
rempah dimasukkan dalam periuk..masukkan segelas air..masak diatas api sederhana hingga hampir kering.
masukkan santan.(jgn terlalu cair) serta terung..kemudian masukkan ikan tadi.
masak hingga terung empuk.kemudian masukkan asam gelugor.
masukkan serbuk perasa..rasa dahulu samada masin@tidak sbb ikan masin tu kdg2 masih masin walau direndam.jika tidak tambahkan garam sesedap rasa..stlh masak tutupkan apinya.
Panaskan kuali,masukkan sedikit minyak..goreng bhn tumis hingga kekuningan kemudian curahkan ke dalam gulai tadi..ratakan.sedia utk dihidangkan

SAYUR CAMPUR + + +

BAHAN2NYA;-
lobak merah
bunga kobis
kacang buncis
jagung muda
setengah biji hirisan lada benggala(capsicum)
cendawan
cili api(jika mahu pedas)
isi ayam
udang
bawang besar dimayang kasar
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
serbuk perasa

CARA2NYA;-
tumiskan bawang,masukkan isi ayam serta udang.masukkan sayur2an yang dipotong
masukkan serbuk perasa,garam dan sos tiram,,masukkan juga cili api yang diketuk..
setelah semuanya masak..bolehlah di hidangkan..

SUP LOBAK PUTIH

BAHAN2
sebiji lobak putih
100g suhoon
10 ekor udang saiz sederhana
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
kiub pati ayam
daun bawang
daun sup
3 biji cii api

CARA2
Tumiskan bawang putih dan bawang merah..masukkan air 2 cawan dan lobak putih..biarkan mendidih dan empuk..masukkan udang,suhoon,garam,kiub pati ayam dan cili api diketuk..taburkan daun bawang dan daun sup..siap utk hidangan..

RENDANG AYAM

BAHAN2
10 ketul ayam
15 biji cili api
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 labu bawang besar
garam
2 helai daun kunyit(dihiris)
semangkuk kecil santan pekat
sedikit gula serta serbuk perasa.

CARA2NYA;-
mesin cili,serai,halia,lengkuas,kunyit hidup serta 2 labu bawang besar.
masukkan kesemua bahan2 mesin tadi ke dalam kuali.
masukkan ayam,,masak sehingga kering,masukkan santan..
masukkan garam,gula serta serbuk perasa.kacau hingga kering dan pecah minyak..
masukkan hirisan daun kunyit.suaikan rasanya...siap

DAGING MASAK HITAM

BAHAN2NYA
600g daging
15 biji cili kering
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
2 sudu gula
1 sudu garam
sedikit serbuk perasa
kicap secukupnya
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih


CARA2NYA
mesin cili kering,bawang putih,merah serta halia
tumiskan daun kari,bunga lawang dan bunga cengkih
masukkan bhn2 yg dimesin tadi.
masukkan daging,garam,gula serta serbuk perasa.
masak hingga pecah minyak
masukkan kicap..sedia utk dihidang

MASAK LEMAK PUCUK MANIS

BAHAN2;-
seikat pucuk manis
1 biji ubi keledek saiz besar
semangkuk santan
2 biji bawang merah(dimayang)
garam

CARA2NYA;-
ubi keledek dipotong,kemudian direbus hgga empuk.ketepikan.
leraikan pucuk manis dr tangkainya.bilaskan.masukkan dalam periuk.
kemudian masukkan santan.masukkan bawang.masak atas api sederhana..sentiasa dikacau agar x pecah santannya.masukkan keledek.masukkan garam.kacau hingga masak..

KARI IKAN TONGKOL

BAHAN2NYA
seekor ikan tongkol
2 bungkus rempah kari ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji bendi
1 biji cili hijau(dibelah 2)
2 biji tomato(dibelah 2)
sedikit air asam
santan
garam serta serbuk perasa(jika suka)

BAHAN UTK TUMISAN
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halba campur
2 tangkai daun kari

CARA2NYA
rempah kari,air asam,bawang merah,bawang putih campur segelas air dikisar.
tumiskan bhn tumisan hingga naik bau dan kekuningan.
masukkan rempah.masak hingga pecah minyak.
masukkan santan.bila sedikit mendidih masukkan ikan,bendi dan cili hijau.
masukkan garam dan perasa
perlahankan api..sambil dikacau perlahan2 supaya x pecah santannya..siap utk dihidang..

UDANG GORENG SADERI

BAHAN2
400g udang saiz XL
kacang panjang
3 biji cili api di ketuk
1 biji cili besar di hiris
batang saderi di hiris
garam
kunyit
bawang besar di hiris bulat2
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

CARA2
udang digaul dgn kunyit..
tumiskan bawang putih,bawang merah.
masukkan batang saderi..kacau dan tunggu batang saderi lembut..
masukkan udang,garam,kacang panjang dan cili api yg di ketuk..
kacau sebentar dan masukkan cili besar dan bawang besar..siap utk hidangan.

KERABU TAUGEH

BAHAN2NYA;-
50 sen taugeh
1/2 kg kerang
seinci halia
5 biji cili api
3 las bawang merah
2 biji limau kasturi
santan pekat
garam

CARA2NYA;-
taugeh dicelur sebentar.kerang direbus dan diambil isinya.
bawang merah dan halia di mayang nipis
cili api ditumbuk kasar...
campurkan kesemua bahan di atas.kemudian masukkan santan dan garam..perah limau kasturi..
suaikan rasanya terlebih dahulu..kemudian bolehlah dihidangkan..

AIR ASAM TOMATO

BAHAN2
3 biji tomato di potong halus2
1 biji bawang besar di potong halus2
2 biji cili besar
2 biji cili api di potong halus2
sedikit belacan
garam
2 biji limau nipis

CARA2
cili besar di tumbuk kasar bersama belacan dan garam..
gaulkan tomato,bawang besar,cili padi dan perahan air limau nipis dgn bahan tumbukan tadi dlm bekas hingga sebati..siap utk hidangan..

ACAR TUMIS

BAHAN2NYA;-
timun dipotong panjang kira2 2 inci
lobak merah dipotong spt timun td
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit biji sawi
1 biji cili merah
gula
garam
cuka..

CARA2NYA;-
tumiskan bawang merah dan bawang putih yg dimayang bersama biji sawi
masukkan timun dan lobak merah
masukkan gula,cuka dan garam,masukkan cili merah yg dipotong serong
suaikan rasanya..