SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Jumaat, 1 Julai 2011

MEE KARI

BAHAN2
1 bungkus mee kuning
1 kg kerang direbus dan diambil isi
2 bungkus rempah kari daging
3 sudu cili serbuk(kalau nak pedas)
isi ayam di potong kecil
kacang panjang
fish ball
fish cake
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

BAHAN HIASAN
bawang goreng
taugeh di celur
daun bawang
daun sup
telur rebus
limau kasturi
cili merah atau hijau

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia
daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntung bunga cengkih

CARA2
Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan..
masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dibancuh dgn sedikit air..
masak hingga pecah minyak..
masukkan ayam..kacau sebentar..
masukkan santan,tunggu sampai mendidih..
masukkan fish cake,fish ball,kacang panjang dan isi kerang..
masukkan garam dan serbuk perasa..suaikan rasa..bila dah masak hiaskan dgn bahan2 hiasan..