SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Sabtu, 13 Ogos 2011

LAKSA MEE

BAHAN2NYA;-
4 ekor ikan kembung
daun sup dan daun bawang
2 ikat mee laksa
rm1 udang putih
50sen kacang panjang
5 batang lobak asin
1 senduk cili kisar
air asam jawa,gula
garam serta serbuk perasa secukupnya

CARA2NYA;-
ikan kembung dipotong kecil2 kemudian masak spt sup biasa..ketepikan.
kacang panjang,lobak merah dipotong kecil..kemudian tumiskan bersama udang.
masukkan garam secukupnya.ketepikan.
tumiskan cili kisar hingga pecah minyak.masukkan garam,perasa,gula serta sedikit air asam jawa..jadikan seperti pes..
mee laksa dicelur hingga masak..toskan.

CARA MAKANNYA;-
masukkan mee laksa ke dalam pinggan.kemudian letakkan bahan udang.masukkan sup ikan tadi..letakkan pes cili..sedia utk dimakan..