SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Selasa, 21 Jun 2011

AYAM MASAK SOS

BAHAN2
10 ketul ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili kering
2 senduk sos cili
garam,gula serta serbuk perasa

CARA2NYA..
ayam digoreng sederhana masaknya..
tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang merah,bawang putih serta halia.
masukkan sos cili..garam serta gula dan serbuk perasa..
bila pecah minyak masukkan ayam yg tlh digoreng tadi..akhir sekali masukkan bawang besar yg di potong bulat..sedia utk d hidangkan

MASAK LEMAK CILI API REBUNG DAN UDANG

BAHAN2
rebung masam(jeruk)3 batang
udang sederhana besar 300g
santan

3 ulas bawang kecil
7 biji cili api
serbuk kunyit
garam

CARA2
kisarkan bawang kecil dan cili api,..masukkan bahan2 yg kisar dlm periuk bersama santan,rebung,sedikit serbuk kunyit dan sentiasa kacau sehingga mendidih..masukkan garam dan last udang..siap utk hidangan

DAGING MASAK KICAP HALIA

BAHAN-BAHAN
600g daging lembu
kicap lemak manis
halia seinci
4 biji bwang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
secubit jintan manis
2 biji ubi kentang
daun sup dan daun bawang untuk tabur
1 biji cili besar
5 biji cili api
sedikit minyak

CARA-CARA
mesin bawang putih,merah,halia dn jintan manis..tumiskan bahan2 yg di mesin tadi.masukkan hirisan daging bersama ubi kentang kedalam tumisan tadi..setelah masak dan empuk masukkan kicap, perasa dan cili api.. dan last bawang besar yg di hiris bulat dan cili besar..siap utk hidangan taburkan daun sup dan daun bawang..

AYAM BERCILI BAWANG GORENG


bhn2nya..
5-7 labu bawang besar(dihiris nipis kemudian goreng kekuningan..ketepikan)
7-10 ketul ayam,digoreng separuh masak
2 senduk cili kering yg dikisar
1 sudu besar gula
garam
serbuk perasa.
sedikit air asam jawa

cara2nya..
tumiskan cili..masukkan garam,air asam jawa,gula serta serbuk perasa
bila pecah minyak..masukkan ayam,,,kacau rata..
akhir sekali masukkan bawang goreng td..
suaikan rasa..sedia utk dihidangkan

ketam masak lemak cili api

ket

sekilo ketam
2 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
7 biji cili api
santan
garam
1 labu bawang besar
2 batang serai
5 biji kacang bendi

cara2nya
ketam di bersihkan
kunyit hidup,cili api,bawang besar..dimesin
masukkan bahan yg di mesin ke dalam periuk..masukkan santan, serai yg d ketuk,masukkan ketam dan daun kunyit.kacau bagi rata sehingga mendidih.masukkan garam serta kacang bendi..sedia utk di hidang

PERIA GORENG BERSANTAN

sebiji peria
secubit jintan manis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil pati santan
1 biji cili hidup
10 ekor udang saiz sederhana
sedikit kunyit serbuk
garam
serbuk perasa

cara2nya
peria d belah 2 kemudian potong menyerong
jintan manis,bawang putih serta bawang merah di tumbuk @ di mesin kasar
..tumiskan bahan mesin kemudian masukkan peria.goreng separuh masak,kemudian masukkan udang serta kunyit.masukkan garam serta perasa.goreng bagi betul2 masak..masukkan pati santan serta cili yg d potong..suaikan rasa..siap d hidangkan

ayam sambal kicap


ayam.(ikut suka byk)
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih}d mesin
15 biji cili kering}
seinci halia}
kicap
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
sedikit air asam jawa

cara2nya
goreng ayam sebentar..angkat..ketepikan
tumiskan cili yg d mesin bersama halia, bawang putih serta merah td..
masukkan garam,gula, serbuk perasa serta air asam..
bila cili hampir kering serta pecah minyak..masukkan ayam.kacau bg rata..kemudian masukkan kicap..akhir sekali masukkan bawang besar yg d potong bulat..suaikan rasa...
siap utk d hidang...

AYAM BERSANTAN LADA HITAM

BAHAN2
10 ketul ayam
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb lada hitam
1 btg serai
garam serta serbuk perasa
semangkuk santan pekat

cara2nya...
goreng ayam sebentar..ketepikan
1 labu bawang besar,halia serta lada hitam d tumbuk@d mesin kasar
tumiskan bahan tumbuk tadi..masukkan serai yg d ketuk.masukkan garam serta perasa..masukkan ayam..kacau bg rata...masukkan pati santan..
masak samada mahu berkuah atau mahukan pekat.last sekali masukkan bwang besar yg d potong bulat..suaikan rasanya...
siap utk d hidangkan..