SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Isnin, 27 Jun 2011

AYAM BERKICAP SWEET

BAHAN2
10 ketul ayam
2 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu sos cili
2 sudu kicap pekat(mee)
1 batang serai
2 sudu gula
2 sudu madu
garam
serbuk perasa
daun bawang
daun sup
cili besar

CARA2
ayam digoreng separuh masak dan diangkat..
mesin cili kering,bawang besar,bawang putih dan halia..
tumiskan bahan mesin tadi beserta sos cili dan kicap hingga pecah minyak..
masukkan serai,gula,madu,garam,serbuk perasa dan serai..
kacau hingga pecah minyak..masuk ayam beserta bawang besar yg di hiris bulat2..
angkat dan hias dgn daun sup,daun bawang dan cili besar..

SUP TELUR MACARONI

BAHAN2
200g macaroni yg telah direbus
5 biji telur ayam
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
daun sup
daun bawang
3 biji cili api diketuk(jika nak pedas)
bawang goreng segera
garam
pati ayam knor
1 biji tomato
carot

CARA2
tumiskan bawang merah,bawang putih,kayu manis,bungga lawang dan halia hingga naik bau dan kekuningan.
masukkan air dan pati ayam knor masak hingga mendidih..pecahkan telur dan tunggu(jangan kacau) hingga telur membeku(masak)...masukkan carot,cili api..
masukkan macaroni dan tomato..mendidih tabur daun sup dan daun bawang..sedia utk dihidangkan

GULAI LEMAK UDANG DGN BELIMBING BULUH

BAHAN2NYA;
belimbing buluh dibelah 2(dicelur)
10 ekor udang sedang
1 sudu besar rempah kari ikan
sedikit kunyit serbuk
bawang merah 2 biji dimayang
garam secukup rasa
santan secukupnya

CARA2NYA;-
masak rempah dan kunyit serbuk dgn segelas air hgga hampir kering
masukkan santan,belimbing buluh dan udang.
masukkan bawang dan garam..kacau hingga masak..suaikan rasa baru diangkat..

PENNE RIGATE

BAHAN2
500g penne rigate(macaroni)
300g bunga kubis
cili kering
sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
cendawan butang di belah dua
sos tiram
sos cili
minyak
2 biji tomato
carot
2 biji cili besar dihiris halus
tepung jagung dibancuh
cuka
fish cake(dipotong)
fish ball
daging cincang(daging burger)
garam
gula
serbuk perasa

CARA2
rebus macaroni hingga kembang..angkat dan tos...
mesin cili kering,bawang besar,bawang putih dan tomato hingga lumat..
daging burger dihancur kasar(ramas)..
goreng fishball dan fishcake sebentar...
masukkan bahan kisar,sos cili,sos tiram,gula,garam,cuka dan perasa..kacau hingga pecah minyak...masukkan daging burger,bunga kubis,carot dan cendawan butang.
masukkan tepung jagung bersama sedikit air..masukkan macaroni dan kacau..last taburkan cili..siap utk hidangan.