SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Isnin, 27 Jun 2011

SUP TELUR MACARONI

BAHAN2
200g macaroni yg telah direbus
5 biji telur ayam
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
daun sup
daun bawang
3 biji cili api diketuk(jika nak pedas)
bawang goreng segera
garam
pati ayam knor
1 biji tomato
carot

CARA2
tumiskan bawang merah,bawang putih,kayu manis,bungga lawang dan halia hingga naik bau dan kekuningan.
masukkan air dan pati ayam knor masak hingga mendidih..pecahkan telur dan tunggu(jangan kacau) hingga telur membeku(masak)...masukkan carot,cili api..
masukkan macaroni dan tomato..mendidih tabur daun sup dan daun bawang..sedia utk dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan