SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Selasa, 12 Julai 2011

IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM

BAHAN2NYA;-
isi ikan talang
3 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa

CARA2NYA;-
gorengkan isi ikan yang dipotong dadu.masukkan bawang besar yg dimayang nipis.
masukkan cili kering yg dihiris.
masukkan air asam..jika kurang garam bolehlah ditambah..
(selalunya ikan dah cukup masin)
sedia dihidangkan...

SUP SAYUR


BAHAN2NYA;-
sayur sawi
sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih
sedikit isi ayam
daun bawang
perencah sup sayur
secubit garam
sedikit air

CARA2NYA;-
tumiskan bawang putih yg diketuk hingga naik baunya.
masukkan dahulu batang sawi dan lobak merah dan juga isi ayam.
masukkan sedikit air.
masukkan perencah sup sayur.
masukkan daun sawi.daun bawang.
akhir sekali rasa dahulu jika kurang garam barulah dimasukkan sedikit garam..dlm perencah sup pun dah ada garamnya..
sedia dihidangkan.

AYAM MASAK PADANG

BAHAN2NYA;-
ayam
10 tangkai cili kering
seinci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit jintan manis
sedikit ketumbar biji
2 batang serai diketuk
santan
garam dan gula
daun kunyit @daun limau purut

CARANYA;-
ayam digaul garam kunyit dan digoreng sebentar.
cili kering,bawang putih.bwg merah,halia,ketumbar dan jintan manis dimesin...
tumiskan bahan yg dimesin..masukkan serai,garam,gula serta serbuk perasa.
masak hingga pecah minyak..
masukkan santan dan daun limau atau kunyit td..
masukkan ayam..masak samada nak kering atau berkuah...
suaikan rasanya..siap

tumiskan

BIHUN SOTO