SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Khamis, 23 Jun 2011

KARI DAGING

BAHAN2
500g daging lembu
2 bungkus rempah kari daging
santan
garam
perasa
carot
kacang pjg
2 biji kentang di belah 4


BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang kayu manis
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bungga cengkih

CARA2
Tumiskan bahan tumisan hingga kekuningan..
masukkan rempah yg dibancuh bersama santan pekat serta sedikit air..
biarkan hg pecah minyak..
masukkan daging serta kentang..masak hingga empuk..
msukkan santan,garam dan perasa..
last..masuk carot dan kacang pjg...siap..

AYAM MASAK MERAH


BAHAN2
10 ketul ayam
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
1 tin kecil tomato puri
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
kacang peas
jintan putih
2 batang kulit kayu manis
santan atau susu cair
garam
gula
perasa
tomato

CARA2

ayam di goreng separa masak,tumis bahan yg di kisar cili kering,tomato puri,bawang merah,bawang putih,halia,jintan putih, 1 biji bawang besar...biar sampai pecah minyak...
masukkkan gula,garam,perasa dan santan..biarkan mendidih..
masukkan ayam..masukkkan kacang peas dan 1 biji hirisan bawang besar..siap utk hidangan..

AYAM KICAP

BAHAN2
10 ketul ayam di goreng separa masak
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili api
jintan manis
5 tangkai cili kering
kicap lemak manis
2 biji cili besar di belah 2

CARA2
kisar 1 biji bawang besar,cili api,cili kering,jintan manis,halia dan bawang putih..
tumiskan bahan kisar tadi hgga pecah minyak...masuk ayam.dan masuk kicap..
biar mendidih..masukkan hirisan bawang besar dan cili besar..siap

SAMBAL SARDIN


BAHAN2
1 tin sardin besar
5 biji cili api
10 biji cili kering
2 biji bawang besar
air asam jawa
garam

CARA2
kisarkan cili kering,sebiji bawang besar..tumiskan bahan yg dikisarkan..
bila pecah minyak masukkan sardin dan air asam jawa..
bila mendidih masukkan garam, cili api dan bawang besar yg di potong bulat..

ASAM PEDAS AYAM


BAHAN2
10 ketul ayam
10 biji cii kering
5 biji bawang merah
1 sudu gula
garam
perasa
5 biji kacang bendi
2 biji cili besar
1 kuntum bunga kantan
daun kesom
2 keping asam gelugor
sedikit jintan manis

CARA2
kisarkan bawang,cili kering dan jintan manis..
masukkan dlm kuali, masuk daun kesom,bunga kantan dan asam keping..
masukkan ayam..mendidih masukkan gula,garam dan perasa..
last..masuk bendi dan cili hidup yg dibelah dua...

BAHAN-BAHAN
2 biji terung panjang dibelah 2 dan di potong 2
2 bungkus rempah kari daging di goreng dulu 3 minit tanpa minyak
kerisik
garam
gula
santan


BAHAN TUMIS
halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis

CARA2 MEMBUAT
tumiskan bahan2 tumisan..masukan serbuk kari dan kerisik yg di bancuh bersama air serta sedikit santan pekat.apabila pecah minyak masukkan terung serta gula,masukkan santan.jgn terlalu cair.masukkan garam.
bila terung sudah empuk.kuahnya agak pekat..suaikan rasanya terlebih dahulu..
siap utk dimakan

IKAN BILIS TEMPOYAK CILI API


BAHAN2
250g ikan bilis
15 biji cili api
2 labu bawang besar
seinci halia
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 sudu besar tempoyak
garam
1 sudu teh gula
serbuk perasa


CARA2NYA...
ikan bilis digoreng hgga rangup..ketepikan
cili api,1 labu bawang besar,bawang putih,halia,serai dan tempoyak dikisar
kemudian tumiskan..masukkan gula,serbuk perasa serta garam..jgn byk sbb ikan bilis pun dah masin..
masukkan ikan bilis serta bawang putih yg d potong bulat..
hiaskan sesuka hati..
siap utk di hidangkan