SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Jumaat, 12 Ogos 2011


SOTONG GORENG KUNYIT

BAHANNYA;-
5 ekor sotong dipotong
daun bawang
cili merah dipotong serong
1 labu bawang besar
garam serta serbuk kunyit
sedikit air asam jawa

CARA2NYA;-
gaulkan sotong bersama garam serta kunyit.kemudian gorengkan.
masukkan air asam jawa td.
masukkan daun bawang,cili merah serta bawang besar yg dipotong bulat.
kacau rata..siap

IKAN KEMBUNG AIR ASAM

BAHAN2NYA;-
ikan kembung rebus
bahan air asam;-
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api
air asam jawa
garam
belacan
sedikit kerisik

CARA2NYA;-
tumbuk cili api,cili merah dgn belacan serta garam.tumbuk hampir lumat.
masukkan tomato yang dipotong nipis..tekan2kan dgn anak batu bagi rata.
isikan dalam bekas lain.masukkan kerisik dan bawang besar yg dipotong bulat nipis.gaul sebati..masukkan air asam jawa.suaikan rasa dahulu kemudian curahkan ke atas ikan kembung td..