SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Ahad, 10 Julai 2011

SAMBAL KERANG

KARI IKAN HARUAN

BAHAN2NYA;-
ikan haruan
2 bungkus rempah kari ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun kesom
garam
air asam jawa
santan

BAHAN TUMIS;-
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
2 tangkai daun kari
sedikit halba campur

CARA2NYA;-
blend rempah kari bersama bawang putih dan bawang merah serta air asam dan sedikit santan..
tumiskan bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau..
masukkan rempah yg diblend td
masak hingga pecah minyak.
masukkan ikan haruan td..masak sebentar.
masukkan santan dan daun kesom.
masukkan bhn2 sampingan spt kacang bendi,cili hijau dan tomato..jika suka.
masukkan garam secukup rasa..
sedia utk dihidang..

MASAK CUKA IKAN HARUAN

BAHAN2NYA;-
ikan haruan yg siap digoreng
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
seinci halia..dimayang.
sebiji cili merah.
cuka secukupnya..
gula serta garam.
secubit kunyit serbuk
air

BAHAN TUMIS;-
3 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
sedikit halia}
sedikit biji sawi

CARA2NYA;-
tumbuk bhn yg bertanda }
tumiskan semua bhn tumisan hingga naik baunya..
masukkan air secukupnya..
masukkan cuka gula dan garam serta secubit kunyit serbuk.
masukkan halia, bawang merah dan bawang putih sebiji2..jika besar belah 2.
masukkan cili merah yg dibelah.jika maukan pedas bolehlah dimasukkan cili api yg dititik.
akhir sekali masukkan ikan haruan..
siap utk dimkn.