SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Jumaat, 12 Ogos 2011


SOTONG GORENG KUNYIT

BAHANNYA;-
5 ekor sotong dipotong
daun bawang
cili merah dipotong serong
1 labu bawang besar
garam serta serbuk kunyit
sedikit air asam jawa

CARA2NYA;-
gaulkan sotong bersama garam serta kunyit.kemudian gorengkan.
masukkan air asam jawa td.
masukkan daun bawang,cili merah serta bawang besar yg dipotong bulat.
kacau rata..siap

IKAN KEMBUNG AIR ASAM

BAHAN2NYA;-
ikan kembung rebus
bahan air asam;-
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api
air asam jawa
garam
belacan
sedikit kerisik

CARA2NYA;-
tumbuk cili api,cili merah dgn belacan serta garam.tumbuk hampir lumat.
masukkan tomato yang dipotong nipis..tekan2kan dgn anak batu bagi rata.
isikan dalam bekas lain.masukkan kerisik dan bawang besar yg dipotong bulat nipis.gaul sebati..masukkan air asam jawa.suaikan rasa dahulu kemudian curahkan ke atas ikan kembung td..


Isnin, 8 Ogos 2011

PUDING ROTI


BAHAN2NYA;-
20gm agar2
6 cawan air
200gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti
1 biji telur
1 st esen vanila
pewarna ikut suka

CARA2NYA;-
1.roti dicarik2kan dan direndamdalam susu cair dan telur yang dipukul.
2.apabila roti kembang blend hingga halus.
3.masak agar2 hingga hancur.
4.masukkan gula..masak hingga hancur.
5.masukkan bahan yang diblend td.kacau hgga mendidih.kemudin tutup api
6.bahagikan kpd 3 bghn
7.warnakan tiap satu dgn warna yg disukai.
8.tuang adunan ke dlm bekas berselang seli hgga habis.
9.sejukkan.bolehlah dipotong.

MASAK KICAP DAGING PEDAS

BAHAN2NYA;-
300 gm daging
3 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar
kicap manis
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
serbuk perasa
garam secukup rasa

CARA2NYA;-
tumiskan bawang putih.
masukkan cili kisar.
masukkan daging.
masak hingga kering dan pecah minyak.
masukkan kicap serta garam juga seruk perasa.
suaikan rasa..akhir sekali masukkan bawang besar yg dipotong bulat serta cili merah yg dipotong serong...


SOTONG KARI


BAHAN2NYA;-
600gm sotong sedang
2 sudu besar serbuk kari
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halba campur
daun kari
2 batang kulit kayu manis
santan

cara2nya;-
tumis bawang bersama daun kari,halba campur dan kulit kayu manis.
masukkan rempah kari ikan yg dibancuh dgn air dan sedikit santan.
masak hingga pecah minyak.
masukkan santan cair..kacau sebentar.masukkan sotong.
masukkan cili hijau.masukkan garam secukup rasa.
siap utk dihidangkan

Ahad, 7 Ogos 2011

HATI AYAM GORENG KICAP

BAHAN2NYA;-
rm2@rm3 hati ayam
1 inci halia(dimayang)
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
kicap secukupnya
serbuk perasa (jika suka)

CARA2NYA;-
hati ayam dipotong ikut suka kemudian digaul garam serta kunyit.kemudian digoreng.
masukkan

PARU(LIMPA) GORENG KERING

BAHAN2NYA;-
paru secukupnya.
1 senduk cili kisar
gula,serbuk perasa,garam
1 labu bawang besar

CARA2NYA;-
paru dicuci dan direbus sebentar.
kemudian dipotong nipis dan digoreng(jika suka)
tumiskan cili kisar.masukkan gula,garam serta serbuk perasa.
masak cili hingga hampir kering kemudian masukkan paru td.
kacau rata..kemudian masukkan bawang esar yg dipotong bulat serta hirisan daun bawang dan daun sup...

Selasa, 26 Julai 2011

AYAM CILI BERTAUCU

BAHAN2NYA;-
10 ketul ayam
2 sudu taucu
1 sudu sos tiram
2 senduk cili kering yg dikisar
bawang putih&merah utk tumis.
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
gula serta serbuk perasa.
garam(jika perlu)

CARA2NYA;
ayam digoreng sebentar
tumiskan bawang kemudian masukkan cili kisar.
masukkan sos tiram serta taucu.
masukkan air asam,gula serta serbuk perasa.
masak hingg pecah minyak.
masukkan ayam yg digoreng tadi.
jika kurang rasa garamnya bolehlah dimasukkan garam.
(taucu&sos tiram dah sedia masin)
khir sekali masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
gaul sebentar.masukkan dlm pinggan dan hiaslah dgn daun sup dan daun bawang.
sedia dihidangkan.

MASAK LEMAK PETOLA

Selasa, 19 Julai 2011

PETOLA MASAK LEMAK

BAHAN2NYA;-
sebiji petola
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
sebiji cili merah
santan
garam

CARA2NYA;-
petola dibuang kulitnya kemudian dipotong serong.
masukkan dalam periuk,masukkan santan,bawang merah yg dimayang,ikan bilis dan garam.
masak di atas api sederhana..sentiasa dikacau agar x pecah santannya..
masukkan cili merah yg dipotong..
kacau hingga masak.

Ahad, 17 Julai 2011

PUCUK PAKU MASAK LEMAK

KERABU PEGAGA

BAHAN2NYA;-
segenggam daun pegaga
3 tangkai cili kering
sebiji buah mempelam muda
50 sen kelapa putih
2 ulas bawang merah
sedikit halia
garam secukupnya

CARA2NYA;-
daun pegaga dibasuh dan dihiris halus
buah mempelam dibuang kulit dan di sagat
cili kering ditumbuk bersama kelapa
bawang merah dimayang nipis
halia di mayang
campurkan semua bahan tadi..gaul bagi rata..
masukkan garam secukup rasa..
suaikan rasanya..
sedia dihidang.

IKAN CENCARU SUMBAT

DAGING MASAK HALIA

BUBUR KACANG DURIAN

SAYUR BAYAM

PAJERI TERUNG

IKAN MATA BESAR MASAK ASAM

Khamis, 14 Julai 2011

AYAM GORENG KICAP MADU (NASI AYAM)..cara saya

BAHAN2NYA;-
ayam yg siap di rebus
kicap pekat manis
2 sudu madu
3 biji cili api
sedikit sos tiram

CARA2NYA;-
ayam diperap bersama kicap dan madu..kemudian digoreng.
angkat dan letakkan di dalam pinggan.
panaskan kuali kemudian masak lebihan bahan perap ayam tadi.masukkan cili api yang diketuk..masukkan sos tiram..masak hingga hampir pekat.suaikan rasanya dahulu..kemudiam curahkan ke atas ayam td..

KARI TULANG

Rabu, 13 Julai 2011

BIHUN GORENG SINGAPORE

BHN2NYA;-
bihun
fish ball&fish cake.(potong dan goreng)
ayam dan udang
telur
carot
kobis
lada sulah
garam
cili merah
daun bawang dan daun sup
bawang putih dan merah(ditumbuk)

CARA2NYA;-
tumiskan bawang td hingga kuning.masukkan air.masukkan ayam,udang dan telur.
masukkan fish ball dan fish cake td
masukkan garam dan lada sulah.(jika nakkan pedas bolehlah ketuk cili api dan masukkan).masukkan bihun..kacau rata.bila hampir masak masukkan carot dan kobis.
masukkan cili merah dan daun bawang serta daun sup sbg hiasan.suaikan rasanya dahulu..bolehlah dihidangkan

masukkan

Selasa, 12 Julai 2011

IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM

BAHAN2NYA;-
isi ikan talang
3 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa

CARA2NYA;-
gorengkan isi ikan yang dipotong dadu.masukkan bawang besar yg dimayang nipis.
masukkan cili kering yg dihiris.
masukkan air asam..jika kurang garam bolehlah ditambah..
(selalunya ikan dah cukup masin)
sedia dihidangkan...

SUP SAYUR


BAHAN2NYA;-
sayur sawi
sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih
sedikit isi ayam
daun bawang
perencah sup sayur
secubit garam
sedikit air

CARA2NYA;-
tumiskan bawang putih yg diketuk hingga naik baunya.
masukkan dahulu batang sawi dan lobak merah dan juga isi ayam.
masukkan sedikit air.
masukkan perencah sup sayur.
masukkan daun sawi.daun bawang.
akhir sekali rasa dahulu jika kurang garam barulah dimasukkan sedikit garam..dlm perencah sup pun dah ada garamnya..
sedia dihidangkan.

AYAM MASAK PADANG

BAHAN2NYA;-
ayam
10 tangkai cili kering
seinci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit jintan manis
sedikit ketumbar biji
2 batang serai diketuk
santan
garam dan gula
daun kunyit @daun limau purut

CARANYA;-
ayam digaul garam kunyit dan digoreng sebentar.
cili kering,bawang putih.bwg merah,halia,ketumbar dan jintan manis dimesin...
tumiskan bahan yg dimesin..masukkan serai,garam,gula serta serbuk perasa.
masak hingga pecah minyak..
masukkan santan dan daun limau atau kunyit td..
masukkan ayam..masak samada nak kering atau berkuah...
suaikan rasanya..siap

tumiskan

BIHUN SOTO