SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Selasa, 26 Julai 2011

AYAM CILI BERTAUCU

BAHAN2NYA;-
10 ketul ayam
2 sudu taucu
1 sudu sos tiram
2 senduk cili kering yg dikisar
bawang putih&merah utk tumis.
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
gula serta serbuk perasa.
garam(jika perlu)

CARA2NYA;
ayam digoreng sebentar
tumiskan bawang kemudian masukkan cili kisar.
masukkan sos tiram serta taucu.
masukkan air asam,gula serta serbuk perasa.
masak hingg pecah minyak.
masukkan ayam yg digoreng tadi.
jika kurang rasa garamnya bolehlah dimasukkan garam.
(taucu&sos tiram dah sedia masin)
khir sekali masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
gaul sebentar.masukkan dlm pinggan dan hiaslah dgn daun sup dan daun bawang.
sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan