SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN KU..

Salam Sejahtera buat kawan dan sahabatku, halaman ini adalah sekadar untuk berkongsi resepi dan menambahkan pengalaman untuk penggemar-penggemar masakan.khususnya masakan kampung dan amnya masakan dari orang-orang melayu kita dahulu...silakan berkongsi dan selamat mencuba

Sabtu, 25 Jun 2011

masak lemak ketam

nasi goreng kg

masak lemak pucuk paku

asam pedas pari

nasi ayam penyek

roti jala

pulut durian

sayur air bendi

apam gula hangus

cencaru sumbat cili

pajeri nenas

sambal belacan bacang

sawi bersos tiram

ayam bercili bawang goreng

sayur bayam

sambal talapia

sup kaki ayam

gulai lemak pisang tumis darat

kangkong goreng belacan

bubur chacha

kurma ayam

sayur kacang buncis

masak lemak telur

masak hitam tongkol

kari ayam

singang tongkol

SAYUR BAYAM

BAHAN2NYA;-
seikat daun bayam
sebiji telur
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebiji cili merah
garam
serbuk perasa
sedikit air

CARA2NYA;-
tumiskan bawang..masukkan telur..jgn dikacau dulu..biarkan masak sekejap.
masukkan sayur bayam,garam dan sedikit perasa serta sedikit air..
suaikan rasanya

Jumaat, 24 Jun 2011

gulai lemak kacang ramungai

bihun goreng

kerabu paku rawan

sambal talapia terung pipit

lala masak serai

asam pedas keladi

nasi lemak

kari tulang dgn rebung

sambal peria

masak lemak cili api talapia

mee kuah

mee hailam

sayur campur

sayur campur

ikan cencaru sumbat

KARI TELUR ITIK


BAHAN2
10 biji telur itik atau ayam

AYAM KUZI MERAH


BAHAN2
10 ketul ayam
1 inci halia
3 labu bawang besar di mayang
1 senduk sos tomato
5 biji cili api di ketuk
10 tangkai cili api dikisar
1 biji cili besar di belah dua
sweat pea(kacang sepat)
carot
minyak
garam
gula

CARA2
halia di tumbuk dgn garam..lumurkan pada ayam hingga rata..perap 5 minit..
goreng ayam separa masak..angkat dan biar sejuk..
panaskan minyak..masukkan cili kering yg dikisar bersama sebiji bawang besar dan sos tomato biarkan pecah minyak masukkan segelas air..bila mendidih masukkan cili api,ayam separa masak dan bawang besar..last masukkan kacang sepat,carot dan cili besar...kacau hingga masak..siap

SAMBAL PETAI


BAHAN2
5 papan petai diambil biji(guna kulit pun boleh)
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 ekor udang sederhana besar
sedikit belacan
gula
garam

CARA2
kisarkan cili kering,1 biji bawang besar dan belacan..
tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak...
masukkan gula dan garam sesedap rasa..
masukkan petai dan biar sekejap..
masukkan udang dan hirisan 1 biji bawang besar...kacau hingga masak..siap

Khamis, 23 Jun 2011

KARI DAGING

BAHAN2
500g daging lembu
2 bungkus rempah kari daging
santan
garam
perasa
carot
kacang pjg
2 biji kentang di belah 4


BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang kayu manis
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bungga cengkih

CARA2
Tumiskan bahan tumisan hingga kekuningan..
masukkan rempah yg dibancuh bersama santan pekat serta sedikit air..
biarkan hg pecah minyak..
masukkan daging serta kentang..masak hingga empuk..
msukkan santan,garam dan perasa..
last..masuk carot dan kacang pjg...siap..

AYAM MASAK MERAH


BAHAN2
10 ketul ayam
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
1 tin kecil tomato puri
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
kacang peas
jintan putih
2 batang kulit kayu manis
santan atau susu cair
garam
gula
perasa
tomato

CARA2

ayam di goreng separa masak,tumis bahan yg di kisar cili kering,tomato puri,bawang merah,bawang putih,halia,jintan putih, 1 biji bawang besar...biar sampai pecah minyak...
masukkkan gula,garam,perasa dan santan..biarkan mendidih..
masukkan ayam..masukkkan kacang peas dan 1 biji hirisan bawang besar..siap utk hidangan..

AYAM KICAP

BAHAN2
10 ketul ayam di goreng separa masak
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili api
jintan manis
5 tangkai cili kering
kicap lemak manis
2 biji cili besar di belah 2

CARA2
kisar 1 biji bawang besar,cili api,cili kering,jintan manis,halia dan bawang putih..
tumiskan bahan kisar tadi hgga pecah minyak...masuk ayam.dan masuk kicap..
biar mendidih..masukkan hirisan bawang besar dan cili besar..siap

SAMBAL SARDIN


BAHAN2
1 tin sardin besar
5 biji cili api
10 biji cili kering
2 biji bawang besar
air asam jawa
garam

CARA2
kisarkan cili kering,sebiji bawang besar..tumiskan bahan yg dikisarkan..
bila pecah minyak masukkan sardin dan air asam jawa..
bila mendidih masukkan garam, cili api dan bawang besar yg di potong bulat..

ASAM PEDAS AYAM


BAHAN2
10 ketul ayam
10 biji cii kering
5 biji bawang merah
1 sudu gula
garam
perasa
5 biji kacang bendi
2 biji cili besar
1 kuntum bunga kantan
daun kesom
2 keping asam gelugor
sedikit jintan manis

CARA2
kisarkan bawang,cili kering dan jintan manis..
masukkan dlm kuali, masuk daun kesom,bunga kantan dan asam keping..
masukkan ayam..mendidih masukkan gula,garam dan perasa..
last..masuk bendi dan cili hidup yg dibelah dua...